LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Umie Farahana Binti Haris

Tarikh Lahir : 12 Mei 2003

Umur : 18 Tahun

Pekerjaan : Pelajar

Pendidikan : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud Mat

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 pada awal tahun 2020 ini untuk belajar kelas asas komputer dan internet. Beliau datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 untuk mencari maklumat dan menyiapkan tugasan kerja sekolah. Pada masa pandemik Covid-19 melanda negara, beliau sering datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 untuk hadir kelas secara online dengan guru sekolah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau mahir menggunakan komputer dan internet. Malahan beliau selalu hadir ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 untuk belajar lebih mendalam berkaitan internet dan memahirkan diri dalam penggunaan media sosial seperti Facebook dan aplikasi Whatsapp. Beliau juga belajar Menyunting Imej di Pusat Internet Peramu Jaya 3.

 

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PI

     1. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Word.

     2. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Power Point.

     3. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Excel

     4. Mempelajari cara menggunakan Internet

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

 1. PI membantu memberikan latihan asas ICT seperti pengenalan asas komputer.

 2. PI juga membantu dalam pengenalan dan penggunaan perkakasan-perkakasan komputer.

 3. PI membantu dalam memberikan maklumat mengenai penggunaan komputer dengan betul.

 4. PI membimbing asas komputer dan teknologi maklumat.

 5. PI banyak memberikan informasi yang berguna tentang etika dan tanggungjawab sebagai pengguna komputer seperti dalam kelas Klik Dengan Bijak (KDB)

  6. PI juga membantu cara untuk mencari dan mendapatkan maklumat dengan betul di internet.