LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Maharummah binti Samah

Tarikh Lahir : 25 Mac 1969

Umur : 51 Tahun

Pekerjaan : Usahawan Kuih Kapit 

Pendidikan : Sekolah Menengah

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum ini, Puan Maharummah  menjalankan perniagaannya secara kecil kecilan dan tiada mendapat sambutan yang baik oleh orang ramai. Pada masa yang sama, beliau tidak mempromosikan perniagaan tersebut secara meluas kerana kekurangan kemahiran dari segi promosi. Beliau sering datang ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan yang ada juga memperkenalkan perniagaannya. Justeru itu, beliau telah berminat untuk menghadiri kelas keusahawanan di PIK untuk kebaikan perniagaannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Setelah menghadiri kelas keusahawanan yang diadakan oleh staf PIK Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan perniagaannya di dalam lawan sesawang dan media sosial. Disamping itu, beliau juga telah memperkenalkan hasil produknya kepada komuniti setempat melalui My Shop di Dashboard Komuniti PI yang telah disediakan. Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan.

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PIK

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan whatsapp dan media sosial untuk tujuan promosi produk.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

PI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

PI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan