LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Nor Shariza binti Roslan
Tarikh Lahir : 8 November 1986
Umur : 34 Tahun
Pekerjaan : Usahawan Keropok
Pendidikan : Sekolah Menengah
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum ini, Puan Shariza menjalankan perniagaannya secara kecil kecilan sahaja di rumah . Pada masa yang sama, beliau tidak mempromosikan perniagaan tersebut secara meluas kerana tidak mempunyai kemahiran ICT & media sosial. Perniagaan beliau hanya diketahui oleh rakan dan jiran terdekat. Beliau sering datang ke pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan yang sedia ada seperti cetakan dan fotostat. Disebabkan itu , petugas PIK mendapat tahu mengenai perniagaan beliau apabila beliau membuat cetakan untuk label produknya. Justeru itu, petugas PIK telah mengadakan kelas bimbingan ICT dan usahawan untuk beliau untuk memperluaskan perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Setelah menghadiri kelas ICT dan keusahawanan yang diadakan oleh staf PIK Peramu Jaya 3 , beliau kini telah mahir dalam penggunaan ICT dan sekaligus mempromosikan perniagaannya di internet dan media sosial. Tambahan pula , beliau juga telah mempelajari kelas shopee dan lazada yang diadakan untuk mempromosi produk yang dihasilkan.Sambutan yang didapati semakin tinggi dan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan. Penjualan perniagaan beliau juga meningkat dari masa ke semasa.
Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PIK
1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.
2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.
3. Mempelajari penggunaan media sosial untuk tujuan promosi produk.
Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
PI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT
PI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan.