LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Kamariah Bt Omar

Tarikh Lahir : 25 Julai 1970

Umur : 50

Pekerjaan : Pembantu Pustakawan

Pendidikan : SMK Dato Mahmud Mat Pekan Pahang

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan PI, beliau kurang mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dan Microsoft Office. Selain itu , beliau juga kurang pengetahuan tentang kepentingan ICT. Ini sedikit menyukarkan beliau untuk menyiapkan tugasan kerjanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti program kelas asas yang diadakan di PI , beliau menjadi semakin mahir untuk menggunakan Microsoft Office sekaligus memudahkan beliau dalam menyiapkan tugasannya.Selain itu, beliau juga mahir menggunakan komputer dan internet untuk mencari maklumat yang diperlu. Oleh yang demikian , beliau sering berkunjung ke PI untuk meminta tunjuk ajar daripada pihak PI bagi memudahkan beliau menyiapkan tugasan kerjanya.

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PI

     1. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Word.

     2. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Power Point.

     3. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Excel

     4. Mempelajari cara menggunakan Internet

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

 1. PI membantu memberikan latihan asas ICT seperti pengenalan asas komputer.

 2. PI juga membantu dalam pengenalan dan penggunaan perkakasan-perkakasan komputer.

 3. PI membantu dalam memberikan maklumat mengenai penggunaan komputer dengan betul.

 4. PI membimbing asas komputer dan teknologi maklumat.

 5. PI banyak memberikan informasi yang berguna tentang etika dan tanggungjawab sebagai pengguna komputer seperti dalam kelas Klik Dengan Bijak (KDB)

  6. PI juga membantu cara untuk mencari dan mendapatkan maklumat dengan betul di internet.