LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Norhafizan Bt Musa

Tarikh Lahir : 31 Januari 1980

Umur : 40 Tahun

Pekerjaan : usahawan kek dan kuih

Pendidikan : SMK Dato Mahmud Mat

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau merupakan seorang ahli lama Pusat Internet Peramu Jaya 3 dan telah menjadi ahli pada awal 2017. Pada awalnya beliau memang langsung tidak mengetahui  tentang kemahiran teknologi maklumat, komputer dan internet. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau telah mengikuti beberapa kursus komputer di Pusat Internet Peramu Jaya 3 seperti Kursus Asas Komputer dan Internet, dan Kursus Microsoft Office.  Akhirnya beliau  berkemahiran dalam menggunakan komputer dan beliau menggunakan kemahiran yang ada untuk mempromosikan produk kek dan kuih menggunakan media sosial seperti Facebook dan aplikasi Whatsapp.

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PI

1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.

2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.

3. Mempelajari penggunaan whatsapp dan media sosial untuk tujuan promosi produk.

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

PI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT 

PI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan