LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Aiman Shah Bin Zuraidi

Tarikh Lahir : 28 Jun 2003

Umur : 17 Tahun

Pekerjaan : Pelajar

Pendidikan : SMK Dato Mahmud Mat , Pekan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 pada awal September tahun 2019 untuk belajar asas komputer dan internet. Beliau datang ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 untuk mencari maklumat dan menyiapkan Kerja Kursus sekolah. Selain itu, Aiman turut mengikuti program Lestari ICT & Cakna Kesihatan yang diadakan oleh Pusat Internet Peramu Jaya 3.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mahir menggunakan komputer dan internet. Malahan beliau selalu hadir ke Pusat Internet Peramu Jaya 3 untuk membuat kerja sekolah. Selain itu, beliau juga mengikuti Kelas Penyuntingan Video dan beliau merupakan salah seorang ahli Pusat Internet Peramu Jaya 3 yang menyertai Pertandingan Video Pusat Internet 2019 yang bertajuk “Kepentingan Pusat Internet kepada Masyarakat”.

Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PI

     1. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Word.

     2. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Power Point.

     3. Mempelajari cara menggunakan Microsoft Excel

     4. Mempelajari cara menggunakan Internet

Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

 1. PI membantu memberikan latihan asas ICT seperti pengenalan asas komputer.

 2. PI juga membantu dalam pengenalan dan penggunaan perkakasan-perkakasan komputer.

 3. PI membantu dalam memberikan maklumat mengenai penggunaan komputer dengan betul.

 4. PI membimbing asas komputer dan teknologi maklumat.

 5. PI banyak memberikan informasi yang berguna tentang etika dan tanggungjawab sebagai pengguna komputer seperti dalam kelas Klik Dengan Bijak (KDB)

  6. PI juga membantu cara untuk mencari dan mendapatkan maklumat dengan betul di internet.