LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Mohd Amirul bin Akashah
Tarikh Lahir : 20 Oktober 1993
Umur : 26
Pekerjaan : Jurugambar
Pendidikan : UITM
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau merupakan seorang ahli lama Pusat Internet Peramu Jaya 3 dan telah menjadi ahli pada awal 2009. Pada awalnya sejak kecil beliau memang tidak tahu sedkit pun tentang kemahiran teknologi maklumat, komputer dan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau telah mengikuti beberapa kursus komputer di Pusat Internet Peramu Jaya 3 seperti Kursus Membina Blog, Kursus Asas Microsoft Office & Kursus Intel Learn Easy Step. Akhirnya beliau memang berkemahiran dalam bidang komputer dan pernah menyertai dan menjadi pemenang peraduan seperti Pertandingan Mencipta Logo yang juga pernah dianjurkan oleh Pusat Internet Peramu Jaya 3.
Apakah yang Telah Dipelajari Melalui PI
1. Mempelajari Microsoft Office untuk meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT.
2. Terlibat dengan kelas keusahawanan tentang promosi produk secara online dan offline dengan lebih cepat, ringkas dan mudah.
Bagaimana PI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
PI membantu dalam mengadakan aktiviti yang berteraskan Kemahiran ICT
PI turut membantu dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada untuk tujuan meningkatkan kualiti mutu produk yang dihasilkan