Daerah Pekan banyak menghasilkan peniaga-peniaga dan usahawan-usahawan yang berjaya. Produk-produk yang dihasilkan dipasarkan disetiap gerai-gerai kecil , pasar-pasar malam atau pun jualan secara online. Kebanyakkan produk adalah produk yang berasaskan makanan seperti kerepek-kerepek, puding raja, kek, rempah-rempah dan kuih muih.

 

     

 

Selain daripada makanan hasil kreativiti orang pekan tidak kurang hebatnya. Pekan terkenal dengan hasil Kain Tenun Pahang yang halus hasil buatannya. Fabrik Tenun Pahang ini telah menjadi sebahagian daripada kebudayaan rakyat malaysia dimana ianya digunakan semasa upacara kehormatan dan masjlis-majlis rasmi. Kain Tenun Pahang biasanya digunakan sebagai selendang, sarong, sampin dan kini diaplikasikan dalam rekaan fesyen moden selari dengan trend dan citarasa terkini.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Produk Kain Tenun Pahang bolehlah mengunjungi Kompleks Pengembangan, Tenun DiRaja Sultan Haji Ahmad Shah yang beralamat di KG SOI, JALAN KEMPADANG PERDANA 1, 25150 KUANTAN, PAHANG.

 

           

 

Maklumat Diambil daripada :

www.pknp.gov.my

www.myroyalpudding.blogspot.com