PASAR TANI DAN PASAR MALAM

Pasar Tani dan Pasar Malam merupakan tempat untuk penduduk tempatan membeli keperluan harian selain daripada membeli belah di Pasaraya. Di Daerah Pekan juga terdapat Pasar tani dan Pasar Malam yang di adakan mengikut jadual dan tempat.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa beza Pasar Tani dan Pasar Malam? Kalau ikutkan sekarang ini Pasar Malam dan Pasar tani tidak banyak bezanya kerana dua-dua menjual hasil produk tempatan seperti sayur-sayuran, hasil laut segar, daging dan ayam juga buah-buahan cuma Pasar malam lebih besar kerana selain daripada produk tempatan terdapat juga peniaga-peniaga yang menjual pakaian, kasut, beg tangan, ubat-ubat tradisional dan moden, kosmetik dan juga aksesori telefon. Selain itu juga makanan tempatan yang pelbagai jenis menjadi salah satu tarikan kerana rasanya yang sedap dan murah.

Di bawah merupakan jadual Pasar Tani dan Pasar Malam beroperasi:

 

BIL

NAMA

LOKASI

HARI

WAKTU

1

            PEKAN SEHARI /           

PASAR BORONG

Jalan Rompin Lama

Sabtu

7.00 pg – 1.00 ptg

2

PASAR MALAM

Peramu Jaya 3

Peramu Jaya 3

Jumaat

3.00 ptg – 11.00 mlm

3

PASAR MALAM

Kelat Rendang

Kelat Rendang

Ahad

3.00 ptg – 11.00 mlm

4

PASAR BORONG

Jalan Mahkota

Sabtu

7.00 pg – 1.00 ptg

5

PASAR TANI

Jalan Mahkota

Sabtu

7.00 pg – 1.00 ptg

6

PASAR TANI

Peramu Jaya 3

Isnin

3.00 ptg – 9.00 mlm

7

PASAR TANI

Tmn Mentiga Jaya

Selasa

3.00 ptg – 9.00 mlm

8

PASAR TANI

Jalan Rompin Lama

Rabu

7.00 pg – 1.00 ptg