Tarikh : 24 Februari 2018 Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang Lokasi : RTC Kuala Pahang Peserta : 20 orang
|
Tujuan
Memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai program e-rezeki yang dijalankan di pi1m dan melakukan aktiviti sambilan kepada pengunjung kanak-kanak.
Aktiviti
Petugas pi1m memberikan maklumat pendedahan kepada pengunjung yang menyertai booth pi1m. Komuniti diberi maklumat mengenai e-rezeki sekaligus membolehkan mereka mendaftar menyertai program e-rezeki. Komuniti yang menyertai program e-rezeki akan mendapat peluang pekerjaan sampingan berdasarkan bidang pekerjaan yang tersedia. Selain itu, bagi pengunjung yang tidak berkelayakan untuk menyertai program e-rezeki, akan menyertai program mewarna secara online. Mereka telah diajarkan cara yang sebetulnya untuk mewarna melalui dalam talian dengan menggunakan komputer riba. Mewarna secara betul menjadikan mereka mahir menggunakan komputer sekaligus mendapat hasil yang menarik dan cantik.